Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Portal SkillsFuture tawar ciri baru, mudahkan lagi permohonan kursus, geran dan subsidi

SkillsFuture Singapore akan mempertingkat portal digital serta aplikasi mudah alihnya untuk memudahkan orang ramai membuat permohonan bagi kursus, geran dan subsidi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jun 2018 08:46PM Dikemas Kini : 30 Jun 2018 08:51PM

SINGAPURA: SkillsFuture Singapore akan mempertingkat portal digital serta aplikasi mudah alihnya untuk memudahkan orang ramai membuat permohonan bagi kursus, geran dan subsidi.

Menjelang tahun depan, ia merancang untuk mula mencadangkan kursus-kursus kepada pengguna berdasarkan ciri-ciri seperti profil dan kemahiran mereka.

Semua itu diumumkan di pesta SkillsFuture pertama hari ini (30 Jun) yang dihadiri Menteri Negara Kanan Pendidikan Chee Hong Tat.

Acara sebulan ini bertujuan menggalak rakyat tempatan menyertai kegiatan-kegiatan pembelajaran yang bakal dianjurkan merata negara.

Terdapat diskaun bagi kursus-kursus di wadah pembelajaran online Udemy dan buku elektronik di McGraw-Hill Education. Langganan percuma bagi bookboon.com - sebuah penyedia buku teks elektronik - juga ditawarkan.

Anda boleh melungsuri laman rasmi atau aplikasi mudah alih SkillsFuture untuk mendapatkan maklumat lanjut.  

Sumber : CNA/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan