Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Politeknik S’pura, WMRAS ganding bahu bangunkan huraian inovatif industri sisa

Politeknik Singapura (SP) dan Persatuan Pengurusan Sisa dan Kitar Semula Singapura (WMRAS) akan bekerjasama bagi menghasilkan huraian-huraian teknologi dalam industri sisa, dalam usahanya menyokong matlamat 'negara bebas pembaziran'.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Jun 2018 12:54PM Dikemas Kini : 04 Jun 2018 09:13PM

SINGAPURA: Politeknik Singapura (SP) dan Persatuan Pengurusan Sisa dan Kitar Semula Singapura (WMRAS) akan bekerjasama bagi menghasilkan huraian-huraian teknologi dalam industri sisa, dalam usahanya menyokong matlamat 'negara bebas pembaziran'.

Dua pertubuhan itu juga bersetuju untuk bekerjasama bagi menyokong usaha berkaitan isu keselamatan di tempat kerja serta kesihatan dalam industri khidmat sekitaran.

Kerjasama itu membolehkan inovasi dirangsang di SP yang akan diubah suai mengikut penggunaan dan kepentingan industri sisa Singapura serta ekonomi negara keseluruhannya.

Di acara pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) hari ini (4 Jun), Menteri Negara Kanan Sekitaran dan Sumber Air Dr Amy Khor, menarik perhatian bahawa satu-satunya tapak pelupusan dijangka penuh dalam tempoh kurang 20 tahun.

"Bagi Singapura mencapai visinya untuk menjadi negara bebas pembaziran, kami perlu melaksanakan model ekonomi yang menyeluruh, di mana kita mengurangkan sisa sebaik mungkin di samping memaksimumkan nilai dan sumber-sumber yang boleh kita dapatkan daripada saluran-saluran utama sisa," kata Dr Khor.

Selain huraian-huraian itu, SP dan WMRAS juga akan menjalankan Program Pengurusan Kimia dan Keselamatan Tempat Kerja bagi menyokong keselamatan dan kesihatan para pekerja.

Di bawah program itu, syarikat-syarikat kecil dan sederhana serta para pakar akan menjalani bengkel dua hari, di mana mereka akan mempelajari bagaimana untuk menangani penularan wabak, kecederaan dan kematian di tempat kerja kerana terdedah kepada bahan kimia yang berbahaya.

Program tersebut dijangka membantu 100 syarikat setiap tahun. Bengkel pertama akan dijalankan lewat tahun ini.

Semasa bengkel itu, para peserta akan diberi latihan untuk memperolehi kemahiran baru yang mampu membantu untuk mencapai sekitaran bebas pembaziran dan pencemaran. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan