Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis Trafik guna kereta BMW untuk lakukan rondaan di ekspreswe

Polis Trafik sudah mendapatkan kereta BMW dan akan menggunakannya untuk melakukan rondaan di lebuh raya mulai awal tahun depan. Ini disahkan oleh polis pada hari Khamis (19 Julai).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Trafik guna kereta BMW untuk lakukan rondaan di ekspreswe

Kereta polis jenis Siri 3 M-Sport BMW. (Gambar: Bavarian Marques Pte Ltd/Facebook)

Diterbitkan : 19 Jul 2018 11:00PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 11:02PM

SINGAPURA: Polis Trafik sudah mendapatkan kereta BMW dan akan menggunakannya untuk melakukan rondaan di lebuh raya mulai awal tahun depan. Ini disahkan oleh polis pada hari Khamis (19 Julai).

Mediacorp difahamkan bahawa lapan kereta BMW dari Jerman sudahpun diperolehi.

Gambar kereta baru polis trafik dimuat naik ke laman Facebook oleh peniaga kereta Bavarian Marques Pte Ltd pada hari Selasa (17 Jul). Menurut catatan itu, kereta tersebut adalah dari Siri 3 M-Sport BMW.

"Polis Trafik mendapatkan kereta ronda baru untuk digunakan di ekspreswe secara bertahap-tahap sebagai sebahagian daripada program menggantikan kenderaannya, serta meningkatkan keupayaan dan keberkesanan operasinya," menurut Polis Trafik Singapura kepada Mediacorp.

"Kereta-kereta ronda ini akan menggantikan model yang lebih lama dan boleh digunakan seawal tahun 2019."

Berita mengenai kereta ronda BMW mengundang kritikan dan juga sokongan daripada para pengguna online.

Ramai berpendapat, kereta-kereta itu "membazirkan" dana awam, tetapi ada juga yang mempertahankan pilihan tersebut.

Antara kereta Polis Trafik termasuk kereta Hyundai, Toyota, Subaru, dan Volvo.

Polis tidak mengesahkan kereta mana satu yang digunakan sebagai kenderaan ronda di lebuh raya, tetapi berdasarkan rencana Police Life Monthly yang diterbitkan pada 2006, lapan kereta Subaru WRX 2.0 Turbo dibeli tahun itu untuk melakukan rondaan.

Sumber : CNA/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan