Images
  • woodlands (1)
    Gambar fail. 

Polis tambahan Aetos ditemui mati dengan kesan tembakan di Pusat Pemeriksaan Woodlands

SINGAPURA: Seorang pegawai Polis Tambahan Aetos berusia 48 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan di kepalanya di Pusat Pemeriksaan Woodlands hari ini (10 Jan), menurut polis.

Menjawab pertanyaan pihak media, polis mengesahkan bahawa pihaknya menerima panggilan untuk bantuan pada 6.38 pagi.

Pegawai itu ditemui sendirian dengan kesan tembakan di kepalanya di ruang rehat para kakitangan di Pusat Pemeriksaan Woodlands, tambah polis. Pistolnya ditemui di sebelahnya.

Beliau disahkan mati oleh pasukan paramedik pada 7.09 pagi.

Tiada perbuatan khianat disyaki dan polis masih menjalankan siasatan. 

- CNA/AQ/aq

Top