Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis tahan 329 suspek penipuan, keldai wang dalam operasi 2 minggu

Polis menahan seramai 329 suspek penipuan dan keldai wang dalam operasi dua minggu yang berakhir pada Jumaat (9 April).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis tahan 329 suspek penipuan, keldai wang dalam operasi 2 minggu

Gambar fail gari tangan. (Gambar: Michelle Shephard/AFP)

Diterbitkan : 10 Apr 2021 11:01PM Dikemas Kini : 10 Apr 2021 11:03PM

SINGAPURA: Polis menahan seramai 329 suspek penipuan dan keldai wang dalam operasi dua minggu yang berakhir pada Jumaat (9 April).

Suspek-suspek itu, yang terdiri daripada 207 lelaki dan 122 wanita berusia antara 16 hingga 80 tahun, dipercayai terlibat dalam 534 kes penipuan di mana mangsa kehilangan lebih daripada S$9.3 juta, menurut kenyataan media polis pada Sabtu.

Mereka kini membantu siasatan kerana disyaki terlibat dalam penipuan sebagai penipu atau keldai wang haram, tambah pihak berkuasa itu.

Penipuan tersebut terdiri daripada penipuan cinta Internet, penipuan edagang, penipuan menyamar sebagai pegawai China, penipuan pelaburan, penipuan platform perjudian palsu dan penipuan pinjaman.

"Para suspek sedang disiasat atas kesalahan menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan khidmat pembayaran tanpa lesen," jelas polis.

Mereka yang disabitkan dengan kesalahan menipu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda, sementara mereka yang disabitkan dengan kesalahan pengubahan wang haram boleh dipenjara hingga 10 tahun, didenda hingga S$500,000, atau kedua-duanya.

Sekiranya didapati bersalah menjalankan perniagaan menyediakan apa-apa jenis khdimat pembayaran di Singapura tanpa lesen, suspek boleh didenda hingga S$125,000, dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pihak polis juga mengingatkan orang ramai bahawa pihaknya mengambil pendirian serius terhadap sesiapa yang mungkin terlibat dalam penipuan. Pelaku akan dihukum mengikut undang-undang.

"Untuk mengelakkan diri daripada bersubahat dengan jenayah, orang ramai harus sentiasa menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian mudah alih mereka kerana mereka akan dipertanggungjawabkan jika ia berkaitan dengan jenayah," tegas polis.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan