Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat video tular wanita memandu bertentangan arus trafik

Seorang wanita yang dilihat dalam video memandu kenderaan bertentangan dengan arus trafik kini membantu polis dalam siasatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat video tular wanita memandu bertentangan arus trafik

Petikan gambar dari video yang tular di Facebook menunjukkan sebuah kereta hitam dipandu bertentangan arus trafi. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 09 Sep 2019 04:47PM Dikemas Kini : 09 Sep 2019 04:51PM

SINGAPURA: Seorang wanita yang dilihat dalam video memandu kenderaan bertentangan dengan arus trafik kini membantu polis dalam siasatan.

Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan semalam (8 Sep), pihaknya dimaklumkan tentang kes memandu secara berbahaya di Upper Cross Street menghala ke South Bridge Road pada Jumaat, 10.24 malam.

SPF menambah tiada kecederaan dilaporkan dan seorang wanita berusia 32 tahun, yang dipercayai pemandu kenderaan berkenaan, kini sedang membantu dalam siasatan polis.

Video yang dimuatnaik ke laman Facebook Singapore Road Accident pada Ahad menunjukkan seorang pemandu wanita keluar dari kereta tersebut, yang terbabas ke laluan pejalan kaki, dan melemparkan kata-kata kesat dalam bahasa Hokkien kepada seorang yang berjalan lalu di situ.

Satu video berasingan menunjukkan sebuah kereta Mercedes-Benz berwarna hitam memandu bertentangan arus trafik di lorong paling kiri sedang ia menarik perhatian orang ramai di laluan pejalan kaki.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan