Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat mahasiswa NTU; rakam mahasiswi sedang mandi

Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU), berusia 22 tahun, sedang disiasat oleh polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat mahasiswa NTU; rakam mahasiswi sedang mandi

(Gambar: Alif Amsyar)

Diterbitkan : 27 Apr 2019 07:34AM Dikemas Kini : 27 Apr 2019 07:39AM

SINGAPURA: Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU), berusia 22 tahun, sedang disiasat oleh polis.

Ini selepas seorang mahasiswi membuat aduan polis tentang seorang individu yang didapati merakamnya ketika sedang mandi.

Pada Jumaat (26 Apr), polis menyatakan pihaknya menerima aduan pada 18 April mengenai seorang lelaki yang dipercayai merakam seorang wanita yang sedang mandi di tandas asrama.

Insiden berkenaan berlaku pada sekitar 10.00 malam, sehari sebelum aduan itu dilaporkan kepada pihak polis.

Perbuatan suspek dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di asrama tersebut.

Jurucakap NTU, semasa mengesahkan insiden itu dengan Mediacorp semalam (26 Apr), berkata mahasiswi berkenaan ditemani oleh seorang pegawai NTU ketika membuat aduan polis.

"Keutamaan kami adalah untuk melindungi kebajikannya dan kami akan menjalankan siasatan kami sendiri berhubung insiden tersebut.

"Oleh kerana siasatan polis sedang dijalankan, kami tidak boleh memberikan maklumat lanjut," menurut NTU.

Kes ini dilaporkan dua hari selepas polis mengesahkan pihaknya sedang menyiasat seorang lelaki berusia 19 tahun atas tuduhan menceroboh untuk mengganggu ketenteraman, menyusuli insiden mengintai di NTU pada hujung minggu lalu.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan