Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat lelaki didakwa pegang pisau luar rumah jiran di Bedok Reservoir Crescent

Seorang lelaki sedang membantu polis dalam siasatannya selepas dia didakwa dilihat memegang sebilah pisau ketika berdiri di luar unit perumahan awam jirannya pada Selasa (21 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat lelaki didakwa pegang pisau luar rumah jiran di Bedok Reservoir Crescent

Blok 747C Bedok Reservoir Crescent. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 22 Sep 2021 09:33AM Dikemas Kini : 22 Sep 2021 09:34AM

SINGAPURA: Seorang lelaki sedang membantu polis dalam siasatannya selepas dia didakwa dilihat memegang sebilah pisau ketika berdiri di luar unit perumahan awam jirannya pada Selasa (21 Sep).

Dalam satu kenyataan pada Selasa, polis menyatakan ia menerima panggilan meminta bantuan di Blok 747C Bedok Reservoir Crescent sekitar jam 1.15 tengah hari.

“Seorang individu didakwa dilihat memegang pisau ketika berdiri di luar unit jirannya," menurut polis.

Polis bagaimanapun tidak menyatakan umur lelaki berkenaan.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, lelaki berkenaan didapati mengunci diri dalam unitnya sendiri dan enggan membuka pintu.

“Para pegawai daripada Unit Perundingan Krisis dan Markas Operasi Khas kemudian dikerahkan ke tempat kejadian," menurut polis.

Unit Perundingan Krisis merangkumi pegawai polis dan ahli psikologi yang dilatih dalam taktik perundingan termasuk cara untuk menangani kes yang melibatkan individu yang enggan mematuhi arahan polis atau mereka yang mencuba untuk membunuh diri.

"Para pegawai akhirnya meyakinkan individu itu untuk membuka pintu," menurut polis.

"Tiada kecederaan dilaporkan. Lelaki itu kini sedang membantu dalam siasatan polis." 

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan