Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat lelaki buat aduan palsu motosikal dicuri di Punggol Field

Polis sedang menyiasat kes seorang lelaki 20-an tahun yang dipercayai membuat aduan palsu.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat lelaki buat aduan palsu motosikal dicuri di Punggol Field

Gambar fail pegawai polis Singapura. (Gambar: AFP/ Roslan Rahman)

Diterbitkan : 09 Dec 2017 03:37PM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 03:40PM

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat kes seorang lelaki 20-an tahun yang dipercayai membuat aduan palsu.

Sekitar pukul 4.35 petang pada 16 September 2017, lelaki berkenaan membuat aduan polis menyatakan motosikalnya yang diletakkan di Blok 204A Punggol Field dicuri.

Para pegawai dari Divisyen Polis Ang Mo Kio mengesan beberapa fakta tidak konsisten semasa menjalankan siasatan.

Mereka mendapati lelaki itu memberikan maklumat palsu kepada polis.

Siasatan ke atas lelaki itu masih dijalankan.

Sesiapa yang disabit kesalahan memberikan maklumat palsu kepada pegawai awam boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga setahun atau didenda sehingga $5,000 atau kedua-duanya sekali.

Polis mengingatkan orang ramai bahawa sumber-sumbernya boleh digunakan untuk menangani jenayah sebenar dan kecemasan berbanding menyiasat aduan atau maklumat palsu.

Mereka yang membuat aduan palsu atau memberikan maklumat palsu akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan