Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat lelaki 23 tahun buat ancaman terhadap golongan LGBTQ dalam video Instagram

Polis sedang menyiasat seorang lelaki 23 tahun yang mengancam keganasan terhadap kumpulan lesbian, gay, biseksual, transgender dan 'queer' (LGBTQ) tempatan dalam satu siaran langsung Instagram yang kini tular. 

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat lelaki 23 tahun buat ancaman terhadap golongan LGBTQ dalam video Instagram

Petikan skrin siaran 'Instagram Live' yang tular (Gambar: Facebook/Wake Up Singapore)

Diterbitkan : 03 Jul 2021 04:20PM Dikemas Kini : 03 Jul 2021 04:24PM

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat seorang lelaki 23 tahun yang mengancam keganasan terhadap kumpulan lesbian, gay, biseksual, transgender dan 'queer' (LGBTQ) tempatan dalam satu siaran langsung Instagram yang kini tular. 

Menjawab pertanyaan Medicacorp, polis mengesahkan satu laporan sudah dibuat dan lelaki berkenaan sedang membantu dalam siasatan mereka.

Dalam satu video Instagram Live yang kini sudah ditonton lebih 8,000 kali, lelaki berkaca mata itu dilihat mencaci maki masyarakat LGBTQ dan berkata dia akan "menjadi penyebab mengapa LGBT tidak akan wujud lagi di Singapura".

Lelaki dengan nama online Ambuj Pandey itu menambah dia akan "memastikan" perhimpunan tahunan Pink Dot tidak akan berlaku tahun depan dan akan "menjadikannya pertembungan samseng".

Perhimpunan tahunan itu selalunya diadakan antara Mei dengan Julai, namun tidak dianjurkan secara fizikal tahun lalu dan tahun ini ekoran pandemik.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, kumpulan hak asasi LGBTQ, Pink Dot, menyatakan ia sedia maklum tentang video itu dan bahawa ia antaranya mengandungi kata-kata maki hamun berulang, ancaman keganasan terhadap masyarakat LGBTQ dan gertakan untuk mengganggu penganjuran acara Pink Dot di Taman Hong Lim.

Dalam satu catatan Facebook pada Jumaat (2 Jul), kumpulan itu juga menyatakan pihaknya meletakkan kepercayaan terhadap pihak berkuasa untuk menangani hal itu "dengan sangat serius" kerana pihak berkuasa telah "memberikan jaminan" langkah-langkah akan diambil terhadap mereka yang mengapi-apikan ucapan kebencian terhadap masyarakat LGBTQ.

Kumpulan itu juga menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman yang dibuat, namun menyeru orang ramai agar "tidak mengongsikan video itu kerana kandungannya yang mungkin mengganggu.

"Juga, elakkan daripada mendedahkan identiti mereka yang terlibat," seru Pink Dot. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan