Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat laporan penunggang e-skuter langgar kanak-kanak di Orchard Road

Polis hari ini (20 Apr) menyatakan pihaknya sedang menyiasat aduan terhadap seorang penunggang e-skuter yang didakwa melanggar seorang kanak-kanak di laluan pejalan kaki Pusat Beli Belah Orchard malam semalam.  

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat laporan penunggang e-skuter langgar kanak-kanak di Orchard Road

Seorang penunggang e-skuter didakwa melanggar seorang kanak-kanak di laluan pejalan kaki Pusat Beli Belah Orchard. (Gambar: Andy Yeu Mai/Facebook)

Diterbitkan : 20 Apr 2019 11:37PM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 11:40PM

SINGAPURA: Polis hari ini (20 Apr) menyatakan pihaknya sedang menyiasat aduan terhadap seorang penunggang e-skuter yang didakwa melanggar seorang kanak-kanak di laluan pejalan kaki Pusat Beli Belah Orchard malam semalam.

Satu rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai bapa budak tersebut sedang bertengkar dengan penunggang e-skuter tersebut. Seorang wanita pula dilihat cuba menenangkan bapa kanak-kanak itu.

Video tersebut juga menunjukkan tiga wanita berada bersama budak lelaki yang memakai baju warna kuning.

Bapa budak itu boleh didengar berkata: "Kau langgar anak aku" yang mana penunggang e-skuter itu menjawab: "Kau sepatutnya jaga anak kau itu".

Pengguna Facebook, Andy Yeu berkata bapa budak itu kemudian "menumbuk" penunggang itu. Menurutnya penunggang e-skuter itu "telah menunggang dengan laju" di laluan pejalan kaki di luar pusat beli belah tersebut sekitar 9.00 malam sebelum melanggar kanak-kanak berkenaan.

Deliveroo dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp menyatakan bahawa syarikat itu memandang serius terhadap tindakan pekerjanya yang melanggar peraturan jalan raya dan membahayakan orang lain.

"Kami memandang serius insiden ini dan sedang menyiasatnya. Jika penunggang itu didapati membahayakan pejalan kaki, kami akan berhenti menggunakan khidmatnya. Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang relevan sebaik mungkin,"menurut jurucakap Deliveroo.

Tambah beliau, penunggang Deliveroo dikehendaki mengikuti program pengenalan mengenai panduan keselamatan di jalan raya. Syarikat itu juga menggalak para penunggang supaya mengambil bahagian dalam program menunggang dengan selamat yang diadakan secara bulanan dengan kerjasama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).   

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan