Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat kes wanita buat komen berbaur perkauman dalam video tular

Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang menyiasat insiden melibatkan seorang wanita yang mengeluarkan komen-komen mengenai kaum sebilangan penumpang dalam kereta api.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat kes wanita buat komen berbaur perkauman dalam video tular

Petikan gambar daripada rakaman video yang tular di media sosial. (Gambar: Instagram/aliffdaniel.blog)

Diterbitkan : 27 Apr 2021 08:48PM Dikemas Kini : 27 Apr 2021 08:51PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang menyiasat insiden melibatkan seorang wanita yang mengeluarkan komen-komen mengenai kaum sebilangan penumpang dalam kereta api.

Dalam rakaman video yang tular di media sosial, wanita itu dilihat bertanya kepada orang ramai mengenai kaum mereka.

"Awak Melayu? Okey, patutlah," menurut wanita itu ketika seorang penumpang wanita menjawab dia berbangsa Melayu. Suara seorang lelaki kemudian didengar berkata: "Rasis."

Dalam video yang sama kemudian, wanita itu menambah bahawa beliau "tidak akan sekali-kali bergaul dengan anda kerana anda sangat berbeza".

Menjawap pertanyaan Mediacorp, pihak polis pada Selasa (27 Apr) mengesahkan bahawa aduan sudah dibuat terhadap wanita berusia 57 tahun itu yang sedang membantu siasatan polis.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan