Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat kes lori dipandu bertentangan arus trafik AYE

Polis merayu maklumat berhubung satu insiden di mana sebuah lori dipandu bertentangan arus trafik di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) menghala ke Tuas.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat kes lori dipandu bertentangan arus trafik AYE

Petikan dari video dari Facebook yang menunjukkan sebuah lori dipandu menentang aliran trafik pada 17 Okt 2019. (Gambar: Ezer Latiff/Facebook)

Diterbitkan : 18 Oct 2019 07:11PM Dikemas Kini : 18 Oct 2019 07:16PM

SINGAPURA: Polis merayu maklumat berhubung satu insiden di mana sebuah lori dipandu bertentangan arus trafik di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) menghala ke Tuas.

Soerang jurucakap polis berkata pada Jumaat (18 Okt) pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut pada jam 1.13 pagi Khamis.

Beliau menambah tiada kecederaan dilaporkan dan polis sedang menyiasat insiden tersebut.

Video insiden berkenaan dimuat naik ke sebuah kumpulan Facebook awam semalam dan menunjukkan sebuah lori dipandu bertentangan arus trafik.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden tersebut boleh menyerahkannya menerusi portal "Feedback on Road Users" di laman web www.police.gov.sg/e-services/report/feedback-on-road-users. 

Sumber : Today/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan