Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat kes 'gangguan' libatkan penghantaran foodpanda di Joo Seng

Polis sedang menyiasat satu kes "gangguan disengajakan" melibatkan penghantaran foodpanda ke sebuah flat HDB di Joo Seng, setelah seorang penduduk memuat naik gambar mengenai "pesanan makanan menggunakan alamat palsu".

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat kes 'gangguan' libatkan penghantaran foodpanda di Joo Seng

(Gambar: Facebook/Nur'aqilah AZ)

Diterbitkan : 20 Feb 2021 10:08PM Dikemas Kini : 20 Feb 2021 10:12PM

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat satu kes "gangguan disengajakan" melibatkan penghantaran foodpanda ke sebuah flat HDB di Joo Seng, setelah seorang penduduk memuat naik gambar mengenai "pesanan makanan menggunakan alamat palsu".

Menurut polis pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian di Blok 7 Upper Aljunied Lane pada Jumaat (19 Feb) pada sekitar pukul 7.30 malam.

Gambar yang dimuat naik di Facebook pada Jumaat malam menunjukkan beberapa penghantar makanan foodpanda, yang memakai baju syarikat berwarna merah jambu, berkumpul di bawah blok.

Pegawai polis juga dilihat dalam gambar, yang dimuat naik seorang pengguna yang berkata beliau penduduk di estet itu.

Penduduk tersebut menulis bahawa sebanyak 12 penghantar makanan sudah berkumpul di bawah blok, dengan "lebih ramai lagi dijangka datang".

"Pesanan palsu menurut salah seorang daripada mereka," tulisnya.

Foodpanda menyatakan pihaknya sedang menyiasat perkara itu, menurut seorang jurucakap syarikat kepada Mediacorp pada Sabtu.

Apabila ditanya sama ada ia adalah pesanan palsu dan jika bayaran sudah dibuat bagi pesanan-pesanan itu, foodpanda menyatakan: "Pilihan membayar wang tunai apabila penghantaran itu sudah dibuat, ditawarkan bagi pelanggan yang mungkin tidak mempunyai pilihan bayaran tanpa tunai. Pilihan itu bertujuan menawarkan khidmat inklusif kepada pelanggan kami.

"Kami merayu kepada pelanggan supaya bersikap bertanggungjawab apabila menggunakan khidmat penghantaran makanan dan pilihan membayar wang tunai apabila penghantaran sudah dibuat. Ini bagi mengambil kira penghantar makanan yang bekerja sehari suntuk untuk menghantar makanan hangat ke rumah-rumah kita."

Pada April tahun lalu, SPF mengeluarkan makluman bahawa pemiutang tanpa lesen semakin kerap menggunakan khidmat penghantaran makanan untuk menggangu peminjam.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan