Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat kes amah yang 'kelihatan tertekan' dalam video online

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan semalam (8 Dis) bahawa ia sedar tentang video seorang pembantu rumah asing yang "kelihatan tertekan" dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat kes amah yang 'kelihatan tertekan' dalam video online

(Petikan gambar: All Singapore Stuff/ Facebook)

Diterbitkan : 09 Dec 2017 10:08AM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 10:13AM

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan semalam (8 Dis) bahawa ia sedar tentang video seorang pembantu rumah asing yang "kelihatan tertekan" dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan.

Mediacorp difahamkan bahawa Pusat bagi Pembantu Rumah, yang dikendalikan oleh NTUC, juga sedang menghulurkan bantuan kepada wanita dalam video tersebut.

Polis juga memberitahu Mediacorp bahawa ia sudah menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

Dalam video yang menjadi viral itu, seorang wanita muda, yang dipercayai dari Myanmar, kelihatan ketakutan dan meminta bantuan.

Dua gambar dekat pipi wanita, seakan bekas dipukul, ditunjukkan.

Dalam catatan Facebook MOM, agensi itu menyatakan bahawa pihak berkuasa sedang berhubungan dengan pembantu rumah itu.

"Kami sedar tentang video oleh 'All Singapore Stuff' mengenai pembantu rumah asing yang kelihatan tertekan. Pihak berkuasa sudah menghubunginya dan kini sedang menjalankan siasatan," demikian menurut agensi itu di laman Facebook. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan