Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat kebocoran kenyataan media MOE, MSF mengenai penutupan sekolah

Polis sedang menyiasat apa yang  dipercayai berlakunya kebocoran berkaitan kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mengenai penutupan sekolah ekoran COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat kebocoran kenyataan media MOE, MSF mengenai penutupan sekolah

(Gambar fail: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 04 Apr 2020 11:29PM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 09:37AM

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat apa yang dipercayai berlakunya kebocoran berkaitan kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mengenai penutupan sekolah ekoran COVID-19.

Kenyataan bertarikh 3 April itu, mengandungi butiran pembelajaran di rumah yang akan dilaksanakan di sekolah dan institut pengajian tinggi, serta penutupan prasekolah dan pusat penjagaan pelajar.

Versi kenyataan media itu tersebar di WhatsApp dan platform media sosial yang lain, beberapa jam sebelum Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkannya ke seluruh negara pada 4 petang Jumaat.

kenyataan media rasmi ucapan PM Lee itu dihantar kepada media oleh kedua-dua kementerian hanya selepas perutusan Perdana Menteri tamat.

Apabila Mediacorp menghubungi pihak berkuasa tentang kebocoran itu, MOE dan MSF menyatakan pada hari Sabtu (4 Apr): "Kami sedar akan kejadian itu. Siasatan polis sedang dijalankan. "

Imej kenyataan media yang tersebar di media sosial menunjukkan, apa yang kelihatan sebagai versi awal dokumen itu, bahawa semua sekolah akan menggunakan pembelajaran di rumah selama tiga minggu, dari 13 Apr hingga 30 April. Ia juga mengatakan bahawa semua prasekolah, tadika MOE dan pusat penjagaan pelajar akan ditutup.

Kenyataan media rasmi pula menyatakan bahawa sekolah akan menggunakan pembelajaran di rumah dari 8 hingga 4 Mei. Ia juga mengatakan bahawa pusat prasekolah dan pusat jagaan pelajar akan menyediakan perkhidmatan terhad untuk kanak-kanak yang mana ibu bapa mereka perlu bekerja dan tidak dapat mencari penjaga.

Di sidang media pada hari Jumaat, Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata bahawa sekolah akan terus dibuka untuk ibu bapa yang tidak dapat tinggal di rumah untuk menjaga anak mereka. Ini termasuk ibu bapa dalam perkhidmatan penting, seperti pekerja penjagaan kesihatan, dan juga dari keluarga berisiko.

Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan