Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat Jolovan Wham kerana anjur bantahan haram di luar Mahkamah

Aktivis dan pekerja sosial, Jolovan Wham, sedang disoal siasat kerana mengadakan tunjuk perasaan di luar Mahkamah Negara tanpa sebarang permit, menurut polis hari ini (2 Mac). 

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat Jolovan Wham kerana anjur bantahan haram di luar Mahkamah

Aktivis dan pekerja sosial, Jolovan Wham. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 02 Mar 2019 08:54PM Dikemas Kini : 02 Mar 2019 08:59PM

SINGAPURA: Aktivis dan pekerja sosial, Jolovan Wham, sedang disoal siasat kerana mengadakan tunjuk perasaan di luar Mahkamah Negara tanpa sebarang permit, menurut polis hari ini (2 Mac). 

Pada 13 Disember 2018, Wham memuat naik gambar di wadah media sosial yang menunjukkannya berdiri di luar kompleks mahkamah sambil memegang sekeping kertas yang bertulis: "Gugurkan tuduhan terhadap Terry Xu dan Daniel De Costa."

Tunjuk perasaan itu berlaku pada hari yang sama Terry Xu, iaitu penyunting laman sosiopolitik The Online Citizen, dan Daniel De Costa didakwa kerana menerbitkan satu rencana yang mendakwa para pegawai kanan Pemerintah terbabit dalam rasuah.

Memberi respons kepada pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan bahawa Wham menulis kepada pihaknya pada November bagi memohon permit untuk menganjurkan tunjuk perasaan di luar Mahkamah Negara. Permohonannya bagaimanapun tidak diluluskan.

"Mahkamah Negara diwartakan sebagai sebuah Kawasan Terlarang di bawah Akta Ketenteraman Awam, dan mempunyai protokol keselamatan yang ketat," menurut polis.

"Dia sedar bahawa permit polis diperlukan untuk menganjurkan kegiatan seumpama itu. Namun, dia tetap mengadakan tunjuk perasaan di luar Mahkamah Negara pada 13 Disember 2018."

Polis juga merujuk kepada kesalahan-kesalahan berkaitan Ketenteraman Awam sebelum ini sambil menyatakan bahawa ia menunjukkan bahawa dia "secara sengaja tidak menghiraukan undang-undang Singapura."

Wham dikenakan denda pada 21 Februari kerana menganjurkan satu perhimpunan awam tanpa sebarang permit. Dia didenda S$3,200 namun sebaliknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara selama 16 hari.

Wham juga didapati bersalah berhubung satu acara yang diadakan pada November 2016 - bertajuk 'Civil Disobedience and Social Movements' (Bantahan Awam dan Pergerakan Sosial) - yang menampilkan satu ucapan yang disampaikan secara langsung oleh aktivis Hong Kong, Joshua Wong Chi-Fung. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan