Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat catatan online dakwa lelaki tidak dikenali cuba ajak pulang pelajar Maple Bear

Polis mengesahkan pada Rabu (19 Dis) bahawa satu aduan difailkan bagi kes di mana seorang lelaki tidak diketahui identitinya mencuba mengambil seorang kanak-kanak dari pusat jagaan Maple Bear, dekat dengan Tiong Bahru. Perkara itu sebelum ini dikongsi menerusi satu catatan online.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat catatan online dakwa lelaki tidak dikenali cuba ajak pulang pelajar Maple Bear

Logo pusat jagaan Maple Bear. (Gambar: Maple Bear)

Diterbitkan : 19 Dec 2018 02:24PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 05:00PM

SINGAPURA: Polis mengesahkan pada Rabu (19 Dis) bahawa satu aduan difailkan bagi kes di mana seorang lelaki tidak diketahui identitinya mencuba mengambil seorang kanak-kanak dari pusat jagaan Maple Bear, dekat dengan Tiong Bahru. Perkara itu sebelum ini dikongsi menerusi satu catatan online.

"Polis mengetahui tentang catatan online mengenai seorang lelaki tidak diketahui yang dipercayai mencuba mengambil seorang kanak-kanak dari pusat jagaan Maple Bear Singapore di Havelock Road pada 18 Disember 2018," menurut polis dalam kenyataanya.

"Polis mengesahkan bahawa satu aduan sudah difailkan dan siasatan sedang dijalankan," tambah SPF.

Catatan itu dimuat naik ke laman Facebook 'Tiong Bahru Village' pada malam Selasa (18 Dis). Ia ditulis oleh seseorang yang mengaku sebagai teman kepada ibu kanak-kanak yang cuba dibawa pergi. Pengguna Facebook itu menulis bahawa lelaki yang mencurigakan memberi nama kanak-kanak berkenaan - yang "sememangnya agak unik" - kepada para kakitangan di pusat itu. Kanak-kanak perempuan itu kemudian dibawa keluar.

"(Dia) tidak dapat mengecamnya dan mula menangis. Lelaki itu kemudian tidak dapat membawanya pulang," tulis pengguna tersebut.

Pengguna itu turut berkata bahawa orang tua pelajar berkenaan tidak mengenali lelaki terbabit dan sudah memfailkan aduan polis.

Apabila dihubungi, Maple Bear enggan mengulas lanjut kerana dakwaan dalam catatan Facebook itu masih lagi disiasat.

Polis menggesa orang ramai "supaya memandang serius terhadap insiden seumpama itu". Namun, ia mengingatkan supaya orang ramai "jangan membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak berasas kerana boleh mencetuskan kebimbangan".

Polis menambah, sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubunginya melalui hotline 1800-255-0000, lamannya di www.police.gov.sg/iwitness atau aplikasi SGSecure.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan