Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat 88 individu dipercayai langgar peraturan COVID-19

Seramai 88 orang disiasat kerana didakwa melanggar langkah jarak selamat COVID-19 dalam dua insiden berasingan, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Selasa (23 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat 88 individu dipercayai langgar peraturan COVID-19

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 23 Feb 2021 08:38PM Dikemas Kini : 23 Feb 2021 08:44PM

SINGAPURA: Seramai 88 orang disiasat kerana didakwa melanggar langkah jarak selamat COVID-19 dalam dua insiden berasingan, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Selasa (23 Feb).

Polis menyatakan bahawa pihaknya menerima maklumat mengenai satu perhimpunan di sebuah unit pejabat di Genting Lane pada 6 Feb, dan menemui 48 lelaki dan 17 wanita yang dipercayai minum arak dan mengadakan pergaulan sosial di sana.

Dalam satu insiden berasingan, polis melakukan serbuan di sebuah unit kediaman di Emerald Hill Road pada 19 Feb, dan menemui 14 lelaki dan sembilan wanita dipercayai sedang minum arak, merokok dan bernyanyi.

Seorang warga China berusia 23 tahun yang disyaki bekerja sebagai pelayan di pesta itu, ditemui tanpa permit kerja yang sah. Dia diberkas kerana melanggar Akta Pengambilan Tenaga Kerja Asing, menurut polis.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga S$20,000, atau kedua-duanya.

"Bagi kedua-dua insiden, hiburan awam dan arak dipercayai disediakan tanpa lesen sah," menurut polis.

Pihak polis menambah bahawa seorang lelaki berusia 30 tahun dan wanita berusia 44 tahun, masing-masing dipercayai "pengendali" unit-unit di Genting Lane dan Emerald Hill Road akan disiasat kerana menyediakan hiburan awam dan arak tanpa lesen yang sah.

Peralatan karaoke dan bekalan arak dirampas sebagai bukti kes, menurut polis.

Kesalahan-kesalahan menyediakan hiburan awam dan membekalkan arak tanpa lesen yang sah membawa denda sehingga S$20,000. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan