Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat 8 individu terbabit perjudian haram; langgar peraturan jarak selamat COVID-19

Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan pada Rabu (9 Jun) bahawa pihaknya sedang menyiasat lapan individu kerana berjudi secara haram dan tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat 8 individu terbabit perjudian haram; langgar peraturan jarak selamat COVID-19

(Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 10 Jun 2021 09:00AM Dikemas Kini : 10 Jun 2021 09:11AM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan pada Rabu (9 Jun) bahawa pihaknya sedang menyiasat lapan individu kerana berjudi secara haram dan tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19.

Para pegawai dari Divisyen Polis Tanglin menjalankan operasi di sebuah pusat penjaja di Blok 210 Lorong 8 Toa Payoh pada kira-kira pukul 3.30 pagi pada Rabu, dan mendapati kumpulan itu dipercayai terbabit dalam aktiviti berkaitan perjudian.

Enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 28 dengan 69 tahun, diberkeas kerana didakwa berjudi di tempat awam dan tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat, menurut polis dalam kenyataan medianya.

"Dalam kalangan enam lelaki itu, seorang lelaki berusia 55 tahun juga diberkas kerana didakwa menyebabkan gangguan ketika mabuk di bawah Akta Kawalan Minuman Keras," menurut polis.

Seorang lagi wanita berusia 72 tahun sedang membantu siasatan, menurut polis lagi.

Menurut polis, perkakas berkaitan perjudian dirampas sebagai bahan bukti.

Siasatan masih dijalankan.

Sesiapa yang didapati bersalah kerana berjudi di tempat awam boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.

Di bawah Peraturan COVID-19 (Langkah Sementara) (Arahan Kawalan) 2020, hukuman bagi kesalahan tidak mematuhi langkah pengurusan selamat adalah hukuman penjara sehingga enam bulan, denda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Jika sabit kesalahan menyebabkan gangguan kepada orang awam ketika mabuk, lelaki berusia 55 tahun itu boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$1,000, atau kedua-duanya sekali.

"Polis memandang serius terhadap semua bentuk aktiviti perjudian haram, dan akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap sesiapa yang terbabit mengikut undang-undang.

"Orang awam dinasihatkan supaya menjauhi segala bentuk aktiviti perjudian haram dan mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat sedia ada," menurut polis.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan