Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat 261 orang selepas para mangsa ditipu lebih S$3 juta

Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang menyiasat 261 orang kerana disyaki terlibat dalam lebih 500 kes penipuan melibatkan kegiatan penipuan atau keldai wang.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat 261 orang selepas para mangsa ditipu lebih S$3 juta

Gambar fail seseorang yang digari.

Diterbitkan : 12 Sep 2020 02:50PM Dikemas Kini : 12 Sep 2020 02:52PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang menyiasat 261 orang kerana disyaki terlibat dalam lebih 500 kes penipuan melibatkan kegiatan penipuan atau keldai wang.

Para mangsa dalam kes-kes penipuan itu dilaporkan kehilangan lebih S$3 juta, menurut polis dalam kenyataan media pada Sabtu (12 Sep).

Para suspek berusia antara 15 dengan 83 tahun, terdiri daripada 163 lelaki dan 98 wanita.

"Para suspek dipercayai terlibat dalam 544 kes penipuan, kebanyakannya penipuan cinta Internet, penipuan e-dagang dan penipuan pinjaman," kata SPF.

Siasatan itu menyusuli operasi penguatkuasaan selama dua minggu di seluruh negara oleh pegawai dari Jabatan Ehwal Komersial dan tujuh divisyen darat polis yang bermula pada 29 Ogos.

Jika didakwa dan disabit kesalahan menipu, para suspek boleh didenda dan dipenjara sehingga 10 tahun. Bagi kesalahan pengubahan wang haram, suspek juga boleh didenda hingga S$500,000 dan dipenjara hingga 10 tahun.

Polis memandang serius mana-mana individu yang mungkin terlibat dalam penipuan, dan pesalah akan dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya, tegas SPF.

"Bagi mengelakkan menjadi rakan subahat dalam jenayah, orang awam harus sentiasa menolak permintaan pihak lain untuk menggunakan akaun bank atau nombor telefon bimbit anda kerana anda akan dipertanggungjawabkan jika ia mempunyai kaitan dengan urus niaga haram," tambah polis.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penipuan sedemikian boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau mengemukakan maklumat dalam talian.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan