Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siap siaga lindungi S'pura di acara kira detik 2018

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura sudah (atau akan - depends on broadcast time) siap sepenuhnya untuk memperketat langkah-langkah keselamatan bagi acara kira detik Tahun Baru malam ini (31 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Dec 2017 09:45PM Dikemas Kini : 31 Dec 2017 11:03PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura sudah (atau akan - depends on broadcast time) siap sepenuhnya untuk memperketat langkah-langkah keselamatan bagi acara kira detik Tahun Baru malam ini (31 Dis).

Dari menggunakan teknologi-teknologi terkini hingga pasukan-pasukan elit, semuanya akan dilakukan demi melindungi Singapura sedang ia menyambut Tahun Baru 2018.

Dengan seramai 350 ribu orang dijangka berpusu-pusu ke acara kira detik Tahun Baru di Marina Bay, polis tidak mengambil ringan perkara-perkara berkaitan keselamatan.

Lebih 700 pegawai akan dikerahkan di kawasan itu, mencatat masa bertugas selama tujuh ribu jam.

Untuk memantau keadaan dari udara, mereka akan dibantu oleh Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV).

Apa yang istimewa tentang prototaip itu adalah ia dilengkapi dengan aksesori tambahan, termasuk lampu kecemasan merah dan biru, lampu sorot dan sistem amaran audio.

Ia juga dilengkapi kamera berdefinisi tinggi, yang boleh merakam nombor plat sesebuah kereta dari udara.

Bagi acara kira detik Tahun Baru itu, polis sudahpun menetapkan laluan khas di sekitar Marina Bay untuk UAV melakukan pemantauan.

Kamera-kamera khas dengan keupayaan lampu dan speaker juga dikerahkan buat pertama kalinya untuk mencegah mereka yang mahu membuat kacau.

Sekiranya terdapat kegiatan mencurigakan, kamera-kamera tersebut akan mengeluarkan amaran kepada mereka bahawa perbuatan mereka sedang dipantau polis.

Dua kenderaan kawalan divisyen baru juga akan ditempatkan di lokasi.

Kenderaan-kenderaan itu boleh disediakan dengan pantas, sementara saiznya yang padat membolehkannya melalui kawasan yang sesak.

Ia dilengkapi dengan sistem-sistem terkini polis bagi operasi kawalan.

Sebuah kamera canggih juga dipasang bagi membolehkan para pegawai membuat pemantauan 360 darjah dan melihat insiden yang berlaku sejauh 150 meter.

Selain peralatan dan teknologi terkini, polis juga akan mengerahkan pasukan elit untuk membuat pemantauan.

Salah satu kumpulan yang akan menjalankan tugas secara sulit, adalah pasukan penembak hendap Penyelamat dan Taktik Khas atau STAR.

Kehadiran mereka mungkin tidak disedari orang awam dan penembak jitu itu beroperasi secara sulit untuk menumpaskan mereka yang mungkin pengganas.

Selain itu, Kontinjen Gurkha juga sudah bersiap siaga. Mereka biasanya memberi respons kepada insiden-insiden melibatkan ketenteraman awam, seperti rusuhan.

"Pastinya dengan sekitaran ancaman, ancaman pengganasan yang berubah-ubah, para pegawai sudah dilatih untuk menangani insiden seperti serangan tembakan. Pendekatan tegas mereka akan dapat menjadi pencegah kepada sesiapa yang mahu menjejas keselamatan negara, walaupun setakat terlintas di hati mereka," kata DSP Arun.

Dalam pada itu, lagi 1,750 pegawai akan dikerahkan ke 25 acara kira detik Tahun Baru yang lain di merata negara.

Walaupun kita tidak boleh memandang enteng tentang soal keselamatan, kita boleh berasa yakin bahawa Singapura berada dalam keadaan selamat sedang ia menyambut ketibaan 2018.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan