Images
  • ibrahim bin ahmad
    Allahyarham Ibrahim Bin Ahmad. (Gambar: SPF)

Polis sedang cari waris Allahyarham Ibrahim Bin Ahmad

SINGAPURA: Polis sedang mencari waris kepada Allahyarham Ibrahim Bin Ahmad, 88 tahun, yang meningal dunia pada Khamis lalu (1 Mac).

Allahyarham, seorang penghuni di rumah jagaan All Saints di Jurong East Ave 1, meninggal dunia di Hospital Besar Ng Teng Fong pada 1 Mac.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis di talian 1800-255-0000 atau memberikan maklumat secara online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan.
  

- BERITAMediacorp/fz

Top