Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis sangkal laporan bot PCG langgar sampan nelayan Indonesia dekat sempadan

Pihak polis pada Khamis (1 Nov) menyangkal laporan yang menyatakan bahawa sebuah bot Polis Pengawal Pantai (PCG) berlanggar dengan bot Indonesia pada 31 Oktober dan mengakibatkan seorang nelayan cedera.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis sangkal laporan bot PCG langgar sampan nelayan Indonesia dekat sempadan

Sebuah bot USV (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 02 Nov 2018 08:09AM Dikemas Kini : 02 Nov 2018 08:13AM

SINGAPURA: Pihak polis pada Khamis (1 Nov) menyangkal laporan yang menyatakan bahawa sebuah bot Polis Pengawal Pantai (PCG) berlanggar dengan bot Indonesia pada 31 Oktober dan mengakibatkan seorang nelayan cedera.

Nelayan terbabit, Dian Marzuki, sedang memancing bersama lima orang lain apabila botnya dikatakan dilanggar oleh sebuah bot PCG, menurut media Indonesia. Laporan itu juga mendakwa pelanggaran itu mengakibatkan kerosakan pada bahagian kiri bot Dian dan enjinnya tertanggal.

Menurut laporan itu lagi, Dian terjatuh ke dalam air dan kemudiannya diselamatkan oleh rakan-rakannya yang berada dalam bot lain.

Batam News melaporkan bahawa Dian dibawa ke hospital akibat kecederaan pada kaki kiri dan pinggang.

Bot PCG berkenaan juga didakwa meninggalkan tempat kejadian tanpa membantu nelayan itu.

Menjawab pertanyaan media pada Khamis, polis menyatakan tiada pelanggaran seperti yang didakwa berlaku.

"Bot PCG dilengkapkan dengan CCTV, yang tidak merakam sebarang pelanggaran. Pemeriksaan teknikal ke atas bot PCG itu juga tidak menunjukkan sebarang tanda berlakunya pelanggaran," menurut kenyataan polis.

Pihak polis menambah, bot PCG itu sedang mengejar "sekumpulan sampan" yang dikesan pada sekitar 3.04 petang pada Rabu. Sampan-sampan itu masuk secara haram ke dalam sempadan Singapura dan memancing dalam perairan Singapura.

"Bot PCG kemudian mendapati salah satu sampan tersebut terbalik dalam perairan Singapura. Para pegawai PCG mendapati seorang lelaki diselamatkan oleh individu-individu dari sampan-sampan lain. Sampan yang terbalik sudah ditarik sebelum bot PCG mendekati mereka," tambbah pihak polis.

"Para pegawai PCG kemudian memberi amaran kepada para nelayan dalam sampan-sampan lain agar tidak memasuki Singapura secara haram."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan