Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis S'pura sahkan sedang teliti dakwaan salah laku kewangan syarikat Wirecard

Pasukan Polis Singapura mengesahkan ia sedang meneliti laporan mengenai dakwaan salah laku kewangan oleh syarikat pembayaran digital Jerman, Wirecard.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Feb 2019 08:08PM Dikemas Kini : 04 Feb 2019 11:33PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura mengesahkan ia sedang meneliti laporan mengenai dakwaan salah laku kewangan oleh syarikat pembayaran digital Jerman, Wirecard.

Saham Wirecard menjunam 40 peratus minggu lalu selepas Financial Times melaporkan mengenai dakwaan salah laku di pejabat syarikat Singapura itu.

Akhbar Financial Times (FT) melaporkan minggu lalu bahawa ia sudah melihat beberapa dokumen daripada para peguam yang ditauliahkan oleh Wirecard, menunjukkan bahawa mereka menemui bukti "kesalahan serius seperti pemalsuan dan/atau pemalsuan akaun/dokumen-dokumen" di pejabat yang berpangkalan di Singapura.

Bagaimanapun, syarikat Jerman itu menafikan tuduhan tersebut.

Menurut Wirecard, seorang pekerja di pejabat Singapura menimbulkan kebimbangan pada April lalu mengenai tindakan seorang anggota pasukan kewangan.

Ia kemudian mengambil sebuah syarikat undang-undang untuk menyiasat perkara tersebut.

Namun, setakat ini, tiada bukti mengenai salah laku jenayah.  

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan