Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis rayu maklumat remaja 16 tahun dilapor hilang

Pasukan Polis Singapura (SPF) meminta bantuan orang ramai tampil memberi maklumat tentang seorang remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat (16 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis rayu maklumat remaja 16 tahun dilapor hilang

Kali terakhir Wan Le Xuan Shermaine dilihat di Blok 327D Anchorvale Road. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 17 Apr 2021 11:03PM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 11:06PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) meminta bantuan orang ramai tampil memberi maklumat tentang seorang remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat (16 Apr).

Kali terakhir Wan Le Xuan Shermaine dilihat adalah di Blok 327D Anchovale Road di Sengkang sekitar pukul 8.00 malam semalam, menurut polis dalam satu kenyataan media hari ini (17 Apr).

Remaja itu dilihat memakai pelitup hitam, topi hitam, jaket hitam, seluar panjang hitam, kasut hitam dan membawa beg galas berwarna kelabu, menurut polis dalam satu catatan di akaun Twitternya, yang berbunyi:

"#sgpoliceappeal remaja perempuan Cina berusia 16 tahun hilang sejak 16/04/2021 pada jam 1800. Kali terakhir dilihat di 372D Anchorvale Road, memakai pelitup hitam, topi hitam, jaket hitam, seluar panjang hitam, kasut hitam dan membawa beg galas berwarna kelabu. Jika ditemui, sila hubungi 999. Terima kasih."

Polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu supaya menghubungi talian hotline 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat online di laman www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan, menurut SPF. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan