Images
  • spf appeal
    Remaja ini dilaporkan hilang. (Gambar: Pasukan Polis Singapura/Twitter)

Polis rayu maklumat mengenai remaja ini yang dilaporkan hilang

SINGAPURA: Polis merayu orang ramai supaya tampil memberi maklumat tentang seorang remaja berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang.

Menerusi kiriman Twitternya hari ini (18 Okt), polis menyatakan remaja Melayu itu (lihat gambar atas) dilaporkan hilang sejak jam 8.00 pagi tadi. Nama remaja berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan dalam catatan Pasukan Polis Singapura (SPF) itu.

Dia terakhir kali dilihat di Teck Whye Lane, memakai kemeja-T "Hello Kitty" dan seluar pendek berwarna kuning dengan jalur merah di bahagian tepi.

Jika anda terlihat remaja tersebut, anda boleh menghubungi polis di talian 999.  

- BERITAmediacorp/aq

Top