Images
  • spf syazwani
    (Gambar: SPF)

Polis rayu maklumat mengenai Nur Rahidatul Syazwani yang dilapor hilang

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) merayu kepada orang ramai supaya tampil memberikan maklumat mengenai Nur Rahidatul Syazwani Binte Mohamed Razali, 15 tahun, yang dilaporkan hilang.

Menurut kenyataan SPF hari ini (12 Feb), Nur Rahidatul Syazwani kali terakhir dilihat di Blok 194A Bukit Batok West Ave 6 pada 7 Februari 2019 sekitar 10.00 pagi.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi hotline polis di talian 1800-255-0000 atau secara online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan.

- BERITAmediacorp/TQ/tq

Top