Images
  • missing lady 25 sep
    Cik Haryani Juraimi. (Gambar: SPF)

Polis rayu maklumat cari wanita 34 tahun ini

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) meminta bantuan orang ramai untuk tampil memberi maklumat mengenai seorang wanita Melayu berusia 34 tahun yang gambarnya tertera di atas.

Menurut SPF dalam satu kenyataan pagi ini (25 Sep), Cik Haryani Juraimi kali terakhir dilihat di sekitar Jalan Tan Tock Seng pada kira-kira 11.55 malam semalam (24 Sep).

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang keberadaan wanita ini diminta menghubungi talian 999 atau menyerahkan maklumat secara online di laman www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan, tambah SPF.

- BERITAmediacorp/TQ/tq

Top