Images
  • mohd adenan kamsidin
    (Gambar: SPF)

Polis rayu maklumat cari lelaki ini, kali terakhir dilihat di Serangoon North

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) meminta bantuan orang ramai untuk tampil memberi maklumat mengenai Encik Mohd Adenan Kamsidin, 58 tahun.

Menurut SPF dalam kenyataannya pada Khamis (10 Jun), kali terakhir Encik Mohd Adenan dilihat di Serangoon North Avenue 1 pada 27 Mei.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang keberadaan beliau diminta menghubungi talian polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online di laman www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan, tambah SPF.

- BERITAmediacorp/TQ/tq

Top