Images
  • missing alesya
    (Gambar: SPF)

Polis rayu maklumat Alesya Ahmad Ilzam 11 tahun yang dilapor hilang

SINGAPURA: Polis merayu orang ramai supaya tampil memberi maklumat tentang seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang.

Nur Alesya Ahmad Ilzam kali terakhir dilihat di Yishun Avenue 4 sekitar 5.30 petang pada 4 Mac 2018.

Remaja berkenaan adalah seperti gambar yang dipaparkan di atas.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis di talian 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan.  

- BERITAMediacorp/aq

Top