Images
  • hilang
    (Gambar: SPF)

Polis rayu maklumat: 3 orang ini dilaporkan hilang

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) merayu maklumat bagi bukan satu, tetapi tiga individu ini yang dilaporkan 'hilang'.

Demikian menurut polis menerusi dua kenyataan media yang dikirimkan semalam (14 Jan).

Menerusi kenyataan media pertama, polis merayu maklumat bagi seorang wanita 32 tahun, Zahidah Zakaria dan seorang budak lelaki berusia enam tahun, Muhd Zia Zulfikar Mohd Khairoon.


Kedua-duanya kali terakhir dilihat di Blok 104D Corporation Drive pada 6 Januari tahun ini sekitar pukul 5.10 petang.

Dalam kenyataan media kedua, polis meminta agar orang ramai memberikan maklumat tentang keberadaan seorang belia, berusia 19 tahun.

Muhammad Nuh Khifli Kasman kali terakhir dilihat di Blok 645 Ang Mo Kio Avenue 6 pada 10 Januari lalu.


Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta segera menghubungi polis di talian hotline 1800-255-0000 atau menyerahkan online di www.police.gov.sg/iwitness.

- BERITAmediacorp/NK/nk

Top