Images
  • spf appeal death
    (Gambar: SPF).

Polis rayu keluarga Mohamed Sarip Amid tampil tuntut jenazah

SINGAPURA: Polis merayu supaya saudara mara terdekat Mohamed Sarip bin Amid tampil tuntut jenazah Allahyarham.

Menurut kenyataan pihak polis hari ini (21 Mac), Allahyarham meninggal dunia pada 16 Mac 2018.

Allahyarham Mohamed Sarip, 63 tahun, sebelum ini menetap di Blok 118 Ang Mo Kio Avenue 4.

Keluarga terdekat atau sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian hotline polis di 1800 255 0000 atau menyerahkannya secara online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan.  

- BERITAMediacorp/aq

Top