Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis rayu keluarga Allahyarham Rahmat Salleh tampil tuntut jenazah

Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Jumaat (27 Sep) mengeluarkan rayuan untuk mencari waris Allahyarham Rahmat Bin Salleh, yang meninggal dunia pada 24 Sep di Hospital Besar Ng Teng Fong.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis rayu keluarga Allahyarham Rahmat Salleh tampil tuntut jenazah

SPF sedang mencari waris Allahyarham Rahmat Salleh (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 27 Sep 2019 03:52PM Dikemas Kini : 27 Sep 2019 03:57PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Jumaat (27 Sep) mengeluarkan rayuan untuk mencari waris Allahyarham Rahmat Bin Salleh.

Menurut kenyataan media SPF, Allahyarham Rahmat Salleh merupakan bekas penghuni rumah rawatan United Medicare Centre di 72 Elizabeth Drive. Allahyarham Rahmat, 78, meninggal dunia di Hospital Besar Ng Teng Fong pada 24 September.

Pihak polis merayu sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi talian Hotline Polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat tersebut secara online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan