Polis rayu keluarga Allahyarham Abdul Ghani Mohd Said tampil tuntut jenazah
Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (1 Okt) mengeluarkan rayuan untuk mencari waris Allahyarham Abdul Ghani Mohd Said, berusia 82 tahun.
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (1 Okt) mengeluarkan rayuan untuk mencari waris Allahyarham Abdul Ghani Mohd Said, berusia 82 tahun.
Allahyarham Abdul Ghani, seorang bekas penghuni rumah rawatan United Medicare Home yang terletak di 72 Elizabeth Drive, meninggal dunia di Hospital Besar Ng Teng Fong pada 28 September 2019.
Pihak polis merayu sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi talian Hotline Polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat tersebut secara online di www.police.gov.sg/iwitness.
Semua maklumat akan dirahsiakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.