Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis mohon maklumat remaja ini; hampir seminggu dilapor hilang

Pasukan Polis Singapura (SPF) meminta bantuan orang ramai untuk tampil memberi maklumat mengenai keberadaan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang gambarnya tertera di atas.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis mohon maklumat remaja ini; hampir seminggu dilapor hilang

Natalie Isabelle Abdullah. (Gambar: SPF)

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) meminta bantuan orang ramai untuk tampil memberi maklumat mengenai keberadaan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang gambarnya tertera di atas.

Menurut SPF dalam kenyataan medianya pada Isnin (27 Sep), Natalie Isabelle Abdullah kali terakhir dilihat di sekitar Bukit Batok West Avenue 8 pada kira-kira 2.00 petang, enam hari lalu (21 Sep).

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang keberadaan remaja ini diminta menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online di laman www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan, tambah SPF.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan