Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis kritik dakwaan 'tidak berasas' pemeriksaan stesen MRT sasar orang Melayu

Tuduhan bahawa para pegawai polis menyasarkan anggota masyarakat Melayu semasa pemeriksaan keselamatan di stesen MRT adalah tidak berasas dan tidak benar, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Rabu (10 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis kritik dakwaan 'tidak berasas' pemeriksaan stesen MRT sasar orang Melayu

(Petikan skrin: Facebook/Is M Nordin)

Diterbitkan : 10 Jul 2019 06:53PM Dikemas Kini : 10 Jul 2019 06:56PM

SINGAPURA: Tuduhan bahawa para pegawai polis menyasarkan anggota masyarakat Melayu semasa pemeriksaan keselamatan di stesen MRT adalah tidak berasas dan tidak benar, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Rabu (10 Jul).

Kenyataan tersebut dibuat sebagai respons terhadap video yang tular secara online menunjukkan para pegawai menjalankan pemeriksaan ke atas seorang lelaki di stesen MRT Bishan. Seorang lelaki kelihatan memekik sambil menuding-nuding jari kepada sekumpulan pegawai.

"Terdapat beberapa komen yang dibuat netizen yang mendakwa pemeriksaan sedemikian menyasarkan orang Melayu," menurut kenyataan SPF di Facebook.

"Tuduhan sedemikian adalah tidak benar, tidak berasas, tidak bertanggungjawab dan mungkin mencetuskan ketegangan antara kaum," tambah SPF.

"Pihak polis mengambil pandangan tegas terhadap orang-orang yang memuat naik komen secara online yang boleh menyebabkan rasa kurang senang dan ketegangan antara kaum atau masyarakat di Singapura, dan mereka akan ditangani mengikut undang-undang."

Insiden yang dipaparkan dalam video tersebut berlaku pada 5 Mac, menurut pihak polis.

Para pegawai yang terlibat adalah daripada Kawalan Keselamatan Pengangkutan Awam (TransCom) SPF, unit yang ditubuhkan untuk menjalankan rondaan dan pemeriksaan rambang di pusat-pusat pengangkutan awam.

"Kebanyakan orang awam diperiksa oleh pasukan sama yang bertugas pada giliran tersebut, bukan orang Melayu," menurut SPF.

Pihaknya menambah rondaan sedemikian penting untuk memastikan bahawa sistem pengangkutan awam Singapura kekal bebas jenayah dan mencegah kemungkinan serangan pengganas.

Tahun lalu lebih 720 tangkapan dibuat oleh para pegawai TransCom.

Kebanyakan tangkapan adalah bagi kesalahan serius seperti pemilikan senjata berbahaya dan dadah, serta mempunyai waran tangkapan terhadap mereka, tambah pihak polis.

"Polis ingin memberi jaminan kepada orang awam bahawa para pegawai kami bersifat berkecuali semasa melakukan pemeriksaan dan sudah dilatih untuk melakukannya secara profesional.

"Kami harap orang awam memahami dan menghargai perlunya pemeriksaan sedemikian, yang memastikan keselamatan para penumpang, dan akan bekerjasama dengan para pegawai yang menjalankan tanggungjawab mereka."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan