Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis cari lelaki ini bantu siasatan 2 kemalangan langgar lari

 Polis sedang mencari seorang lelaki bagi membantunya dalam siasatan berhubung dua kes kemalangan langgar lari di Geylang Bahru Road dan St George's Road pada Rabu (6 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis cari lelaki ini bantu siasatan 2 kemalangan langgar lari

Polis cari lelaki ini bantu siasatan 2 kemalangan langgar lari. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 08 Nov 2019 09:20PM Dikemas Kini : 08 Nov 2019 09:27PM

SINGAPURA: Polis sedang mencari seorang lelaki bagi membantunya dalam siasatan berhubung dua kes kemalangan langgar lari di Geylang Bahru Road dan St George's Road pada Rabu (6 Nov).

Polis dimaklumkan mengenai kemalangan-kemalangan itu pada sekitar pukul 11.30 pagi pada hari yang sama.

Seorang pegawai Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah cuba menahan seorang pemandu yang disyaki memaparkan plat lesen palsu pada keretanya di Geylang Bahru Road.

Bagaimanapun, pemandu itu enggan berhenti dan sebaliknya meninggalkan tempat tersebut, menurut polis.

Kereta itu melanggar sebuah teksi di Geylang Bahru Road dan sebuah kereta di sekitar Blok 22, St George's Road.

Rakaman kamera dari dalam kereta menunjukkan seorang lelaki melompat keluar dari sebuah kereta yang sedang bergerak sebelum ia melanggar kereta yang tidak bergerak di St George's Road. Tidak lama kemudian, seorang pegawai LTA tiba di tempat kejadian dengan menaiki motosikal.

Pemandu itu kemudian meninggalkan kereta tersebut dan melarikan diri. Tiada kecederaan dilaporkan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau mengirimkan maklumat online di www.police.gov.sg/iwitness.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan