Images
  • man (1)
    Gambar suspek lelaki yang disyaki cuba merompak sebuah kedai pajak di Bedok.

Polis cari lelaki disyaki cuba rompak kedai pajak di Bedok

SINGAPURA: Polis sedang mencari seorang lelaki yang disyaki cuba merompak sebuah kedai pajak di Bedok dengan menggunakan pisau pencincang.

Dua gambar suspek lelaki itu dikeluarkan polis pada Sabtu (13 Jul).

Pada sekitar jam 1.50 tengah hari semalam (12 Jul), seorang lelaki bersenjatakan pisau pencincang cuba merompak kedai pajak ValueMax di Blok 213 Bedok North Street 1.

Pengurus kedai pajak itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Choo, memberitahu Mediacorp bahawa lelaki itu memasuki kedai itu dengan memakai topeng dan membawa senjata.

Menurut Encik Choo lagi, dia kemudian menghentak pisau untuk memecahkan bekas kaca yang megandungi barang kemas. Namun, percubaannya gagal apabila pisau tersebut patah dua. Lelaki itu kemudian mengutip bahagian senjata yang patah lalu melarikan diri.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai lelaki atau kejadian tersebut diminta menghubungi hotline polis di 1800-255-0000 atau mengirimkan maklumat secara online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan.

- CNA/NA/na

Top