Images
  • missing guy
    Encik Ab Rahim Bin Haron, 63 tahun, kali terakhir di Blok 401 Choa Chu Kang Avenue 3 pada 4 Februari lalu. (Gambar: SPF)

Polis cari lelaki 63 tahun yang dilapor hilang

SINGAPURA: Polis merayu orang ramai tampil memberi maklumat tentang seorang lelaki yang dilaporkan hilang.

Encik Ab Rahim Bin Haron, 63 tahun, kali terakhir di Blok 401 Choa Chu Kang Avenue 3 pada 4 Februari lalu pada sekitar 3.00 petang.

Beliau juga kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna putih dan seluar pendek berkotak-kotak berwarna putih dan biru.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan.

- BERITAmediacorp/im

Top