Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis berkas perompak ancam letup kedai pajak gadai Boon Lay

Lelaki yang mengancam akan meletupkan sebuah kedai pajak gadai di luar stesen MRT Boon Lay pada Sabtu lalu (28 Ogos) selepas percubaan untuk merompak kedai itu gagal, berjaya diberkas polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis berkas perompak ancam letup kedai pajak gadai Boon Lay

Polis cari lelaki yang dipercayai ingin merompak sebuah kedai pajak gadai dan mengaku mempunyai bahan letupan. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Diterbitkan : 01 Aug 2018 10:05PM Dikemas Kini : 01 Aug 2018 10:07PM

SINGAPURA: Lelaki yang mengancam akan meletupkan sebuah kedai pajak gadai di luar stesen MRT Boon Lay pada Sabtu lalu (28 Ogos) selepas percubaan untuk merompak kedai itu gagal, berjaya diberkas polis.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura hari ini (1 Ogos).

Lelaki berkenaan memasuki kedai tersebut pada sekitar 4.30 petang dengan membawa sebilah pisau dan senjata api yang dipercayai replika. Dia kemudian memaksa kakitangan kedai tersebut supaya menyerahkan wang tunai dan barang kemas.

Apabila kakitangan itu enggan mengikuti permintaannya, lelaki berkenaan mengancam akan meletupkan kedai dan mengaku memiliki bahan letupan. Menurut polis, lelaki tersebut kemudian membaling satu objek di atas kaunter dan melarikan diri.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa objek tersebut "hanya mengandungi komponen-komponen elektrik".

Selepas insiden itu, polis merayu kepada orang ramai supaya tampil memberikan maklumat. Suspek dikatakan setinggi 1.75 meter dan kali terakhir dilihat memakai serban berwarna merah jambu, jaket biru dan sepasang seluar panjang.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan