Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis berkas penunggang e-skuter yang langgar wanita di Bedok

Seorang lelaki berusia 23 tahun yang disyaki melanggar seorang wanita semasa menunggang skuter elektrik sudahpun ditangkap, menurut polis dalam kenyataan medianya pada Khamis (15 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis berkas penunggang e-skuter yang langgar wanita di Bedok
Diterbitkan : 15 Mar 2018 03:35PM Dikemas Kini : 15 Mar 2018 03:38PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 23 tahun yang disyaki melanggar seorang wanita semasa menunggang skuter elektrik sudahpun ditangkap, menurut polis dalam kenyataan medianya pada Khamis (15 Mac).

Beliau diberkas di Bedok North Street 3 pada Rabu, dedah polis.

Polis mendedahkan pihaknya menerima aduan pada Rabu (7 Mac) sekitar 6.00 petang, yang menyatakan seorang wanita dilanggar seorang lelaki yang menunggang e-skuter di Bedok Reservoir Road. Wanita berkenaan mengalami kecederaan kepala akibat kemalangan itu.

Beberapa anggota keluarga turut menulis catatan di laman Facebook sepanjang hujung minggu lalu bahawa wanita tersebut, Goh Lay Yong, 45 tahun, sedang dirawat di unit jagaan rapi (ICU).

Siasatan awal mendedahkan lelaki berkenaan tidak sempat berhenti dan melanggar wanita itu, menurut polis.

Suspek berkenaan kemudian melarikan diri dari tempat kejadian selepas menghubungi ambulans.

Dia akan didakwa pada Jumaat atas tuduhan melakukan tindakan terburu-buru sehingga menyebabkan kecederaan parah. Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga empat tahun dan didenda sehingga S$10,000.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan