Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis berkas lelaki dipercayai cabul kehormatan wanita di gereja

Polis memberkas seorang lelaki yang dipercayai mencabul kehormatan sekurang-kurangnya seorang wanita di sebuah gereja sebelum cuba untuk melarikan diri dengan menerjun ke dalam Terusan Rochor.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis berkas lelaki dipercayai cabul kehormatan wanita di gereja

Video yang tersebar di WhatsApp menunjukkan seorang lelaki ditahan pegawai polis.

Diterbitkan : 01 Oct 2018 08:16AM Dikemas Kini : 01 Oct 2018 08:18AM

SINGAPURA: Polis memberkas seorang lelaki yang dipercayai mencabul kehormatan sekurang-kurangnya seorang wanita di sebuah gereja sebelum cuba untuk melarikan diri dengan menerjun ke dalam Terusan Rochor.

Insiden tersebut dipercayai berlaku di sebuah gereja di Ophir Road pada Sabtu (29 Sep).

Menurut sumber, lelaki terbabit melarikan diri, terjun ke dalam terusan Rochor lalu berenang melalui satu terowong.

Berdasarkan keterangan seorang kakitangan gereja yang mengatakan bahawa suspek menuju ke arah Terusan Rochor, para pegawai polis mencari dan berjaya menemukannya cuba melarikan diri.

Seorang pegawai polis terjun ke dalam terusan tersebut dan menangkapnya. Satu video yang merakam insiden tersebut menjadi tular di wadah WhatsApp.

Polis menyatakan bahawa ia dimaklumkan tentang insiden berkenaan pada Sabtu (29 Sep), sekitar 1.30 petang.

"Seorang lelaki berusia 26 tahun dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan sedar. Dia kemudian diberkas kerana melemparkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai awam, sengaja mengganggu orang ramai dan berada dalam keadaan mabuk di tempat awam," menurut polis.

Polis masih menjalankan siasatan. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan