Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis beri amaran wang kertas S$100, S$50 palsu; 3 lelaki ditangkap

Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (11 Jun) menasihatkan orang awam agar berwaspada terhadap wang kertas palsu selepas tiga lelaki diberkas dan didakwa atas kesalahan berhubung mata wang Singapura palsu.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis beri amaran wang kertas S$100, S$50 palsu; 3 lelaki ditangkap

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 11 Jun 2019 05:57PM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 06:02PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (11 Jun) menasihatkan orang awam agar berwaspada terhadap wang kertas palsu selepas tiga lelaki diberkas dan didakwa atas kesalahan berhubung mata wang Singapura palsu.

Beberapa aduan dibuat berhubung wang kertas palsu S$100 dan S$50 siri potret digunakan di kedai-kedai, restoran-restoran dan cawangan runcit, menurut pihak berkuasa.

"Wang kertas palsu yang dipercayai merupakan cetakan semula, tidak mempunyai ciri keselamatan seperti 'watermark' (imej yang dilihat apabila nota diletakkan di hadapan sumber cahaya) dan benang keselamatan (benang yang disulam ke dalam wang kertas) yang biasa ada pada wang kertas asli," menurut polis.

Polis menambah, ada wang kertas palsu yang mempunyai 'kinegram' atau bentuk sisi lapan yang berkilat, yang ketara berbeza dengan yang terdapat pada wang kertas asli.

"Sebagai contoh, gambar pada kinegram wang kertas asli kelihatan bergerak apabila wang kertas digerakkan, namun kinegram palsu pada wang palsu tidak mempunyai ciri ini," menurut kenyataan nasihat oleh polis. "Permukaan wang palsu juga rasa berbeza berbanding wang asli."

Setakat ini, wang kertas S$100 dalam kes-kes yang dilaporkan mempunyai nombor siri 3AX412083. Wang palsu S$50 yang dikenal pasti pula mempunyai lapan nombor siri berbeza termasuk: 0FF875629, 3DL273922, 4DZ985604, 5HS436415, 5LV797440, 5LP297324, 5CK878136 dan 5JH230011.

Tiga lelaki berusia antara 25 hingga 29 tahun, sudah ditangkap dan didakwa atas kesalahan berhubung wang palsu, menurut pihak berkuasa. Kesalahan dikatakan dilakukan antara 25 Mei hingga 4 Jun.

Polis menggesa orang awam untuk membuat aduan jika menerima wang yang disyaki adalah palsu. Sesiapa yang didapati bersalah menggunakan wang palsu boleh didenda dan dipenjara sehingga 20 tahun. Mereka yang didapati bersalah menyimpan wang kertas palsu boleh dipenjara sehingga 15 tahun.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan