Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis beri amaran tentang penipuan yang dikaitkan dengan DBS, OCBC

Beberapa orang diperdaya supaya menyerahkan maklumat peribadi serta butiran kad kredit mereka menerusi lelaman palsu atau panggilan telefon, selepas memberi respons kepada iklan-iklan online atau kiriman SMS yang kononnya dari Bank DBS dan OCBC.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis beri amaran tentang penipuan yang dikaitkan dengan DBS, OCBC

Contoh kiriman SMS yang kononnya dikirim DBS. (Gambar: DBS/Facebook)

Diterbitkan : 31 Aug 2018 11:35AM Dikemas Kini : 31 Aug 2018 11:43AM

SINGAPURA: Beberapa orang diperdaya supaya menyerahkan maklumat peribadi serta butiran kad kredit mereka menerusi lelaman palsu atau panggilan telefon, selepas memberi respons kepada iklan-iklan online atau kiriman SMS yang kononnya dari Bank DBS dan OCBC.

Para mangsa kemudian menyedari berlakunya urus niaga tidak sah dalam pelbagai mata wang asing menerusi kad-kad kredit mereka, menurut polis.

Iklan DBS seperti yang dilihat di Facebook. 

Dalam kes-kes ini, para mangsa lazimnya terpedaya dengan iklan-iklan di laman Facebook atau menerima kiriman SMS pihak yang mengaku kononnya daripada salah satu bank tersebut, mengenai peluang pelaburan, menurut polis dalam maklumannya yang dimuat naik ke Facebook.

Sebaik sahaja menekan pautan yang disediakan, mangsa akan dibawa ke laman yang akan mempromosikan produk pelaburan atau sofwe baru.

Untuk mendaftarkan diri, para mangsa diminta memberi maklumat peribadi, butiran kad kredit dan kata laluan sekali guna (OTP) melalui borang online.

Sesetengah mangsa juga diperdaya untuk menyerahkan maklumat lewat telefon kepada orang-orang yang menyamar sebagai kakitangan bank.

Polis mengeluarkan maklumannya selepas Bank DBS dan OCBC memberi amaran awal bulan ini tentang kes-kes penipuan melalui kiriman SMS yang kononnya dari mereka.

"SMS palsu seperti ini selalunya akan membawa mangsa ke laman-laman skim penipuan pelaburan di mana akan ada percubaan memancing data peribadi atau meyakinkan mangsa supaya memindahkan wang," menurut DBS semasa mengeluarkan amaran pada 3 Ogos lalu.

OCBC pada 24 Ogos memuat naik amaran serupa yang menyatakan bahawa "penipu" sering mengirimkan SMS yang kononnya daripada pihak bank.

"Ada dalam kalangan mereka akan mengaku bahawa OCBC mengumumkan sofwe baru yang akan membantu anda menjadi seorang jutawan, ada juga yang akan meyakinkan anda tentang satu sofwe luar biasa yang membolehkan anda 'berhenti bekerja dalam tempoh 30 hari'. Kiriman mesej-mesej ini tidak dihantar Bank OCBC," menurut OCBC.

"Sementara kami cuba sedaya upaya supaya para pelanggan kami berjaya, kami sama sekali tidak percaya dalam skim 'cepat kaya'," tambahnya.

Pada Mei, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menasihati para pelanggan supaya "melaksanakan kewaspadaan tertinggi" apabila mendapat emel yang meminta maklumat sensitif berkaitan akaun bank mereka, menyusuli jumlah "percubaan mencuri maklumat" yang kian meningkat.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan