Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis beri amaran tentang penipuan cabutan bertuah

Pasukan Polis Singapura hari ini (12 Sep) memberi amaran kepada orang ramai akan penipuan melibatkan cabutan bertuah.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis beri amaran tentang penipuan cabutan bertuah

(Gambar hiasan: Mediacorp/Xabryna Kek)

Diterbitkan : 12 Sep 2018 04:08PM Dikemas Kini : 12 Sep 2018 04:09PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura hari ini (12 Sep) memberi amaran kepada orang ramai akan penipuan melibatkan cabutan bertuah.

Polis menyatakan bahawa ia menerima sekurang-kurangnya 84 aduan seumpama itu antara Oktober 2017 hingga Julai 2018.

Penipuan-penipuan tersebut melibatkan jumlah sekitar S$122,000, dengan jumlah terbesar yang ditipu adalah sekitar S$34,400.

Menurut polis lagi, para pesalah seringkali mengenal pasti dan menghubungi mangsa melalui aplikasi mesej segera IMO.

Penipu, yang menggunakan nama pengguna 'World Winner', kemudian akan memaklumkan mangsa bahawa mereka sudah memenangi sejumlah wang dalam satu cabutan bertuah.

Mangsa selepas itu akan diarah untuk memindahkan wang atau membeli kad bagi pembelian iTunes sebelum mereka boleh menerima hadiah masing-masing.

Dalam salah satu kes, penipu juga menyamar sebagai seorang pegawai polis. Dia memberitahu mangsa bahawa akaun bank milik mangsa digunakan untuk melakukan urus niaga tidak sah. Bagi memudahkan siasatan, mangsa disuruh memberikan butiran kad kredit atau debitnya, termasuk nombor CVV.

Selepas bersetuju untuk bekerjasama dalam "siasatan", mangsa menerima kiriman mesej, yang kononnya dikirim polis, di mana beliau diberitahu akan menerima sejumlah wang. Mangsa kemudian mendapati urus niaga tidak sah dilakukakan menggunakan akaun banknya.

Polis menggesa orang ramai supaya berwaspada terhadap mesej-mesej seperti itu, terutama sekali jika mereka sebelumnya tidak menyertai sebarang cabutan bertuah.

Polis mahupun agensi-agensi pemerintah tidak akan meminta butiran peribadi atau menyuruh sesiapa untuk memindahkan wang melalui panggilan telefon.

"Jangan berikan butiran peribadi anda, butiran kad kredit/debit dan butiran akaun bank kepada sesiapa yang tidak diketahui."

Ia menambah, orang ramai harus mengabaikan sebarang arahan yang meminta mereka untuk membuat bayaran dengan mengirimkan wang untuk membeli kad-kad hadiah. Pemenang dalam cabutan bertuah biasanya tidak perlu membuat sebarang bayaran untuk mendapatkan hadiah mereka.

Polis menambah bahawa sesiapa yang ingin memberi maklumat berkaitan jenayah seperti itu boleh menghubungi polis di talian hotline 1800-255-000, atau menyerahkannya secara online di laman www.police.gov.sh/iwitness. Mereka yang memerlukan pertolongan segera polis boleh menghubungi 999.

Untuk mendapatkan nasihat berkaitan dengan kes penipuan, orang ramai boleh mengubungi talian penipuan di 1800-722-6688 atau melungsuri laman www.scamalert.sg.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan