Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis beri amaran skim penipuan sasar pengguna khidmat permainan Steam

Satu skim penipuan menyasarkan pengguna khidmat permainan Steam di mana mangsa diminta membuat bayaran untuk membuka akaun mereka yang dikunci, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Ahad (9 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis beri amaran skim penipuan sasar pengguna khidmat permainan Steam

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 09 May 2021 03:00PM Dikemas Kini : 09 May 2021 03:02PM

SINGAPURA: Satu skim penipuan menyasarkan pengguna khidmat permainan Steam di mana mangsa diminta membuat bayaran untuk membuka akaun mereka yang dikunci, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Ahad (9 Mei).

Steam adalah sebuah wadah digital di mana pemain dan pengeluar boleh menjual beli permainan video.

Para penipu menggunakan akaun Steam yang mudah digodam untuk mendekati mangsa. Mereka mendakwa secara tidak sengaja telah melaporkan akaun tersebut sebagai mangsa satu kes penipuan apabila cuba melaporkan pengguna Steam yang lain.

Dengan helah untuk cuba memperbetulkan laporan yang salah itu, penipu berkenaan kemudian meminta mangsa untuk menghubungi seorang pengguna khusus yang kononnya adalah pentadbir Steam, untuk mengesahkan dan membuka akaun mereka yang dikunci.

Pentadbir palsu itu kemudian akan mengarahkan mangsa untuk log keluar daripada akaun Steam mereka dan menyerahkan butiran log masuk, termasuk kata kunci sekali (OTP) untuk mengesahkan akaun mereka, menurut polis.

Mangsa juga akan diminta membuat urus niaga berkaitan permainan atau pembelian pada laman pihak ketiga sebagai sebahagian daripada semakan pengesahan.

Dalam beberapa kes tersebut, mangsa disuruh membeli kad Steam dan menyerahkan kod penebusan kepada pentadbir palsu itu untuk membuka semula akaun yang terkunci. Pentadbir itu mendakwa mangsa akan dikembalikan wang setelah akaun mereka disahkan.

"Mangsa kemudian menyedari bahawa mereka sudah diperdaya setelah mendapati bahawa mereka tidak boleh log masuk ke dalam akaun Steam mereka dan tiada wang dikembalikan," menurut polis.

Orang ramai dinasihatkan supaya jangan sekali-kali pun memberi butiran log masuk akaun dan OTP kepada sesiapa, termasuk anggota keluarga dan teman-teman, menurut polis.

Mereka juga diingatkan supaya selalu mengesahkan kesahihan maklumat yang diterima dengan sumber-sumber rasmi. Orang ramai harus melaporkan sebarang caj mencurigakan pada kad kredit atau debit mereka kepada pihak bank dan membatalkan kad itu dengan segera.

Sesiapa yang rasa curiga atau mempunyai maklumat berkaitan jenayah sedemikian boleh menghubungi talian polis di 1800 255 0000 atau menyerahkan online ke laman www.police.gov.sg/itwitness.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan