Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis beri amaran mengenai penipuan tiket konsert

Pasukan Polis Singapura (SPF) memberi amaran kepada orang awam supaya berwaspada terhadap penipuan online melibatkan penjualan tiket konsert.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis beri amaran mengenai penipuan tiket konsert

Gambar fail Mariah Carey dan Adam Levine. (Gambar: Valery Hache/AFP, Apu Gomes/AFP)

Diterbitkan : 24 Sep 2018 02:43PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 02:46PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) memberi amaran kepada orang awam supaya berwaspada terhadap penipuan online melibatkan penjualan tiket konsert.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin (24 Sep), polis menyatakan bahawa pihaknya sudah menerima sekurang-kurangnya 120 aduan mengenai kes penipuan seumpama itu pada 2017.

Berdasarkan aduan-aduan itu, para mangsa sama ada tidak menerima tiket atau diberikan tiket palsu/yang tidak sah setelah pembayaran dibuat.

Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menjadi mangsa kes-kes penipuan tersebut menjelang beberapa konsert yang bakal diadakan pada suku terakhir tahun ini dan suku pertama tahun depan, termasuk konsert Maroon 5, Sam Smith dan Mariah Carey.

Orang ramai juga dinasihati supaya berwaspada terhadap iklan-iklan yang menawarkan tiket-tiket konsert pada harga yang terlalu murah. Sebelum membeli tiket-tiket konsert, orang ramai juga dinasihati supaya membaca ulasan tentang penjual.

Para penipu juga mungkin menggunakan akaun bank tempatan atau menunjukkan salinan lesen pemandu atau nombor kad pengenalan (NRIC) mereka untuk menipu para mangsa, menurut polis.

Orang ramai boleh menghubungi talian 1800-722-6688 bagi laporan berkaitan penipuan atau lungsuri laman www.scamalert.sg.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan