Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Poliklinik kendalian SingHealth guna robot ringankan beban jagaan kesihatan

Tidak lama lagi, sebuah robot bernama HIRO mungkin digunakan di kesemua lapan Poliklinik SingHealth.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Oct 2021 07:53PM Dikemas Kini : 12 Oct 2021 09:18PM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, sebuah robot bernama HIRO mungkin digunakan di kesemua lapan Poliklinik SingHealth.

Pembangunan robot itu adalah sebahagian daripada kerjasama baru antara SingHealth dengan Politeknik Ngee Ann (NP).

Pada waktu siang, robot HIRO berupaya memberi arahan kepada para pesakit.

Pada waktu malam pula, ia berupaya membersihkan pekarangan poliklinik dengan menyeluruh.

Ini sekali gus mengurangkan tekanan terhadap kakitangan jagaan kesihatan, sedang ia menyediakan khidmat kepada para pesakit COVID-19.

Ujian perintis melibatkan HIRO bermula di Poliklinik Tampines pada bulan ini.

Kerja-kerja peningkatan akan dilakukan di pusat penyelidikan dan inovasi yang baru saja dilancarkan.

Ia dijangka memberi manfaat kepada 40 pelajar setiap tahun.

Pusat itu sudahpun menghasilkan sekurang-kurangnya lima robot bagi pelbagai industri.

Turut diumumkan adalah kursus diploma pakar secara sambilan yang akan bermula pada April depan.

Ia menyasar para graduan dan pemohon kerja pertengahan kerjaya yang mahu menceburi bidang tersebut. 

Sumber : CNA/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan