Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Poliklinik baru di Punggol sediakan khidmat fisioterapi, podiatri

Poliklinik Punggol yang bakal dibuka pada Jumaat ini (24 Nov) akan menawarkan khidmat lebih daripada biasa - dengan menyediakan khidmat imbasan X-ray, fisioterapi dan podiatri, menurut satu kenyataan SingHealth Polyclinics hari ini (22 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Poliklinik baru di Punggol sediakan khidmat fisioterapi, podiatri

Gambar: SingHealth Polyclinics

Diterbitkan : 22 Nov 2017 06:00PM Dikemas Kini : 22 Nov 2017 06:03PM

SINGAPURA: Poliklinik Punggol yang bakal dibuka pada Jumaat ini (24 Nov) akan menawarkan khidmat lebih daripada biasa - dengan menyediakan khidmat imbasan X-ray, fisioterapi dan podiatri, menurut satu kenyataan SingHealth Polyclinics hari ini (22 Nov).

Poliklinik setinggi empat tingkat itu ditempatkan di sebuah bangunan komersil baru Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang dinamakan Oasis Terraces, bersebelahan dengan LRT Oasis di 681 Punggol Drive.

Khidmat lain yang turut ditawarkan termasuk jagaan perubatan pesakit luar dan rawatan bagi keadaan kronik dan akut, khidmat kesihatan wanita seperti pemeriksaan barah pangkal; rahim dan payu dara, khidmat kesihatan kanak-kanak, imunisasi dan penilaian kemajuan pesakit.

Poliklinik Punggol juga akan bekerjasama dengan Hospital Besar dan Masyarakat Sengkang, klinik-klinik dan penyedia khidmat masyarakat yang lain untuk menyediakan khidmat penjagaan bagi para penduduk, menurut SingHealth.

Menurut SingHealth lagi, poliklinik berkenaan juga akan dilengkapi dengan lif dan tanjakan bagi memudahkan pergerakan pesakit yang berkerusi roda.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman SingHealth mulai Jumaat ini.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan